I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 20 Mei 2009

BERJUMPA KEMBALI...

Maaf kerana sy dah lama tak update blog nie. Maklum la projek gaharu sy dah pun bermula dan baru2 nie sy dah pun selesai menanam sebanyak 1170 pokok gaharu dr jenis subintegra & jg crassna. Sy ambil masa 1 minggu untuk tanam pokok2 tersebut pada jarak 6 kaki x 6kaki. Naik lenguh2 pinggang nie rs nya, maklum sj ler.. teman dah lama meninggalkan keja bercucuk tanam nie.. Huhuhuhu... Maafkan sy kerana buat masa nie sy x dapat masuk kan gambar2 projek sy nie di sebabkan oleh masalah2 teknikal yang tidak dpt di elakkan.. Setelah masalah2 tersebut dapat diatasi, sy akn upload kan gambar2 tersebut nanti. Sy Berjaya mendapatkan anak2 benih pokok gaharu tersebut dr Kelantan dengan harga yg amat berpatutan. Sampai2 aje terus tanam ler...hehehe.. excited bebenor la katakan. Stle aje tanam dalam ms seminggu tu, start membaja la plak. Untuk pengetahuan semua, sy menggunakan baja organik iaitu baja gunung berapi ziolite dr keluaran syarikat organik pro. Sebanyak 100kg baja diperlukan untuk tujuan nie.
Dalam minggu nie plak sy terpaksa memasang pagar pukat di sekeliling anak2 pokok tersebut bg mengelakkan anak2 pokok tersebut dicabut & dipatah2kan oleh anasir2 yg tak diundang... hehehehe.. ( babi ler) bengang betoi la dibuatnya. Orang penat2 tanam pokok2 tu dia senang2 aje nak memusnahkan harapanku.... huhuhuhu... (P.S- semoga pokok2 ku tak dijangkiti selsema babi) hehehehe...
Selesai memagar, sy plak akn maracun rumput rumpai di sekeliling anak2 pokok tersebut . Nampak mcm lalang tersebut cepat lg membesar nya dr pokok gaharu tu. Jd untuk mengelakkan dr persaingan hidup, lalang2 tersebut kena lah di musnahkan terlebih dahulu.
Selesai la 1 bab, pas nie plak sy kena la jg pokok2 tersebut sampai besor dan cukup 5 tahun nanti kena buat inokulen la plak.. sonok bebenor rasanya tgk semua anak pokok tu hidup dan membesar. Maklumla, orang kampung... Jd, selepas nie plak boleh la sy tumpukan dengan projek ke2 iaitu buat pembenihan keli plak. Sy hanya akn buat pembenihan keli untuk jualan di seluruh Negara... tungguuuuu......!!!

Tiada ulasan: