I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sabtu, 21 Mei 2011

Setapak kehadapan....

Berikut adalah kolam2 tanah yg baru sy buka bg menampung pasaran/permintaan ikan2 yg agak tinggi sekarang nie sampai ramai yg pelanggan yg mengeluh stok keli yg semakin berkurangan sekarang:



Kolam2 adalah berukuran 20x30 kaki persegi.


Perhatikan air kolam (gambar atas & bawah) yang menghijau setelah dirawat bg menjamin mutu & tahap PH air berada dalam keadaan terbaik bg tujuan pelepasan benih2 ikan yg baru.



Jaring2 pukat yg di-pasang untuk mengelakkan benih2 ikan menjadi santapan pemangsa2 seperti burung, biawak, ular & lain2.


Induk keli/Lele/Catfish.

Salam & maaf kerana lama x ke-udara. Al-maklum sja lah....! kali nie sy nak kongsikan gambar2 induk2 keli yg berada dalam simpanan sy. Induk2 tersebut sy gunakan untuk tujuan pembenihan benih2 keli:


Induk jantan dlm lingkungan berat 6-7 kg.



Ada 40+ ekor induk yang kini berada dalam simpanan sy (bukan untuk di-jual)



Hasil dari pembenihan yang sy buat tempoh hari.

Sabtu, 19 Februari 2011

CATFISH GREADING.

Pagi td sy sempat buat greading untuk ikan2 keli. FYI:
1) pengreading ikan2 keli perlulah selalu dibuat agar ikan2 dpt membesar dgn baik.
2) Bg mengelakkan ikan2 lebih kecil dari menjadi santapan ikan2 yang bersaiz besar.
3) Bg menjamin mutu ikan2 tersebut.
Kat bawah nie ada laa cket2 gambar semasa kerja2 pengredan ikan2 keli sedang dibuat:

Satu2 kolam boleh memuatkan hampir 5-6 ribu ikan2 keli.

Proses pengredan ikan sedang di buat.

Ikan2 yang perlu di gred kan semula.

Ikan2 yg telah di gred hendaklah diasingkan dan dimasukkan ke kolam lain.

Jumaat, 18 Februari 2011

Cerita di kolam.

Benih ikan2 keli br sj dimasukkan dlm sebulan & sy x sempat nak keringkan kolam lg untuk buat grading. mungkin dlm sehari dua nie sy akn update tentang proses grading nie. dibawh nie ada laa cket gambar....

Pokok stevia, sj sonok2 tanam dlm pasu bunga. Daun dia punya laa manis spi lekat kat lidah. tp jgn takut coz takkan kena diebetis punya.

Anak2 keli dlm lingkungan sejengkal lebih timbul sambil di beri makan.

Palet2 yang diguna pki untuk makanan ikan2 sy.


Keadaan kolam yg sentiasa dijaga rapi & bersih untuk pembesaran & kesihatan ikan2 ternakan.

GAHARU vs AGARWOOD.

Salam, maaf sbb dah lama benar blog nie terabai....
berikut sy sertakan beberapa gambar terkini pokok2 Gaharu/Agarwwood sy. Skrg nie dah agak tinggi belaka spi dah mengalahkan ketinggian tuan dia... hahahaha

Tinggi dlm 8-10 kaki.

Ukur lilit dlm 15-20cm.

Sedap mata memandang bila dah besar2 nie.

lalang2 yg br kena racun... dah naik lenguh2 bahu dibuatnya.