I made this widget at MyFlashFetish.com.

Ahad, 21 Februari 2010

BAGAIMANAKAH CARANYA INDUK JANTAN @ BAPAK AROWANA MENJAGA KEBAJIKAN ANAK2 NYA....!!!! hehehehehe..... PERHATIKAN GAMBAR2 DIBAWAH.......





p/s; setelah telur2 tersebut disenyawakan, maka induk jantan akan terus memasukkan telur2 tersebut kedalam mulut nya bg tujuan pengeraman sehingga telur2 tu menetas..!!!
IKAN Arowana atau Scleropages formousus ialah sejenis ikan hiasan yang sangat popular dan agak tinggi harganya. Disebabkan aktiviti penangkapan yang berleluasa sejak 70-an sehingga kini, jumlah populasinya di habitat asal semakin berkurangan dan pupus.Oleh kerana itu spesies ikan ini telah dilindungi sebagai spesies kawalan untuk diimport dan dieksport di bawah Convention on the International Trade in Endargered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) .Di Malaysia, aktiviti penternakan ikan Arowana juga turut dijalankan secara komersial untuk tujuan eksport ke pasaran antarabangsa dan antara agensi yang terbabit ialah Jabatan Perikanan.Secara semulajadi, ikan ini membiak sekali dalam setahun iaitu pada Jun hingga Ogos di habitat asalnya. Arowana matang boleh membiak apabila mencapai umur empat setengah atau lima tahun dengan berat di antara satu hingga dua kilogram. Semasa proses mengawan, induk jantan dan betina akan berpasangan dan berenang beriringan selama beberapa minggu namun proses mengawan hanya akan berlaku apabila keadaan sesuai. Induk jantan akan melengkungkan badannya dan menghimpit badan induk betina dan pada peringkat ini, telur dari induk betina akan keluar dan akan disenyawakan oleh induk jantan. Telur akan dieram oleh ikan jantan selama dua bulan sehingga anak yang dihasilkan boleh berenang bebas dan bersaiz kira-kira 6-7 sentimeter.

Ikan Arowana boleh membiak didalam kurungan secara semula jadi tanpa memerlukan suntikan hormon aruhan pembiakan. Musim pembiakan di dalam kurungan tidak begitu ketara kerana kurang dipengaruhi oleh persekitaran semula jadi. Namun, aspek pemakanan perlu diberikan perhatian sebaik saja anak ikan mulai berenang bersendirian walaupun masih terdapat sedikit yolk di bahagian bawah perutnya. Kelewatan memberi makanan akan menyebabkan anak ikan mencederakan sesama sendiri. Asuhan anak ikan diperlukan selama dua hingga tiga bulan sehingga anak ikan mencapai saiz 15-20 sentimeter dan sesuai dipasarkan. Bagaimanapun, eraman telur oleh induk jantan secara kaedah pembiakan semula jadi di dalam kolam akan mengurangkan kadar hidup anak Arowana. Justeru, kaedah terbaik bagi menjamin peratusan hidup anak ikan yang tinggi ialah menerusi kaedah in vitro.Pengeraman In-Vitro Menerusi kaedah ini, telur ikan yang sedang dieram oleh induk jantan dan masih mempunyai yolk sac dikeluarkan secara manual dan diasuh di dalam akuarium berukuran 90 x 45 x 45 sentimeter. Pengudaraan diberikan secukupnya dengan suhu ditetapkan pada tahap di antara 27 hingga 28 darjah Celcius dengan memasang pemanas elektrik. Kedalaman air adalah kira-kira 20 sentimeter dan melalui kaedah ini kadar peratusan hidup anak ikan adalah tinggi berbanding kaedah eramansemula jadi.

Arowana sesuai membiak dalam iklim khatulistiwa dengan suhu diantara 26 hingga 33 darjah Celsius. Bagi pembiakan dalam kolam, jenis tanah liat berpasir dengan kandungan tanah liat 55 peratus hingga 60 peratus adalah amat sesuai. Bekalan air diperlukan sepanjang tahun dari sumber semula jadi sama ada air bukit, sungai, empangan dan tasik. Kualiti air yang diperlukan adalah seperti berikut:

Suhu air: 29 hingga 31 darjah CelciuspH: 6.5-8.5Oksigen terlarut: 5ppmAlkaliniti: 60-100 ppmCaCO3Jumlah keliatan: 100ppmBacaan piring Secchi: 30 sentimeterAmmonia: 1ppm
Aspek lain yang turut diberi perhatian dalam aktiviti penternakan ialah pembinaan dan penyediaan kolam.

Antaranya:
Pemilihan TapakTapak yang sesuai ialah kawasan yang tidak mengalami banjir, jauh dari kawasan industri dan punca pencemaran, tiada persaingan aktiviti pertanian dan perindustrian serta mempunyai prasarana yang lengkap.
Pembinaan kolamBentuk kolam yang sesuai ialah segi empat dengan nisbah kecerunan ban 2:1. Bagi memudahkan pengurusan, keluasan kolam yang sesuai ialah di antara 0.2-0.4 hektar dengan kedalaman air 0.75-1.2 meter. Dasar kolam hendaklah rata dan cerun ke arah saluran air keluar. Pembinaan kolam takungan di antara 20 hingga 30 peratus dari jumlah keseluruhan kolam adalah digalakkan bagi menjamin punca bekalan air yang mencukupi dan proses rawatan air dilakukan jika perlu.

PengapuranKolam yang dibina hendaklah dipastikan menepati parameter kualiti tanah dan air serta sesuai bagi aktiviti ternakan. Pengapuran diperlukan jika keadaan tanah berasid dan jenis-jenis kapur yang sesuai ialah kapur pertanian, kapur abu sejuk, kapur abu panas dan dolomite.
PembajaanBaja organan dan bukan organan sesuai digunakan dan kepekatan nitrogen dan fosforus yang sesuai ialah masing-masing 0.95ppm dan 0.15ppm. Terdapat beberapa kaedah ternakan ikan Arowana yang dicadangkan antaranya ialah ternakan kolam tanah.
Berikut adalah keperluan asas dalam melaksanakan sistem ternakan berkenaan.
Ternakan IndukUntuk tujuan pembiakan, induk Arowana jantan dan betina diternak dalam kolam yang telah disediakan terlebih dahulu dengan aspek sumber air semula jadi di beri perhatian yang utama. Arowana jarang dijangkiti penyakit namun, pemerhatian perlu sentiasa dilakukan supaya induk Arowana sentiasa sihat.

TaburanSebanyak 20 ekor induk berumur empat tahun dipelihara di dalam dua buah kolam ternakan tanah bersaiz 0.2 hektar dengan nisbah jantina 1:1.
PemakananBagi induk ikan, makanan perlu diberi dua kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang dengan jenis makanan rumusan terapung yang mengandungi protein sebanyak 35 peratus atau makanan jenis hidup seperti cengkerik, anak ikan dan udang gantung. Anak ikan yang telah berenang bebas dalam akuarium pula perlu diberi makan anak-anak ikan jenis lain seperti Gambusia affinis yang bersaiz 1-2 cm. Pemerhatian berkala ke atas ikan Arowana dewasa atau induk hendaklah dilaksanakan dengan menumpukan kepada ciri-ciri proses Arowana mengawan dan dilakukan secara kaedah menangkap menggunakan pukat. Telur yang sedang dieram oleh Arowana jantan hendaklah dikeluarkan untuk eraman selanjutnya menggunakan kaedah in-vitro yang dijalankan dalam tangki akuarium.

Pungutan HasilBagi ternakan secara semula jadi, anak ikan perlu ditangkap apabila mula dilihat berenang bebas dan disimpan di dalam tangki auarium dengan saiz bersesuaian. Bagi kaedah in-vitro pula, anak ikan yang berenang bebas tanpa yolk sac perlu diasingkan bagi mengelakkan ia di makan oleh ikan lain dan diberi makanan hidup sehingga mencapai saiz 5-7 cm sebelum dipasarkan.

PasaranHarga ikan meningkat berdasarkan saiz namun bagi pasaran tempatan, harga ikan berbeza mengikut lokasi dan secara puratanya bagi ikan yang berkualiti di antara RM250 hingga RM900 pada saiz 6-9 inci. Bagi pasaran eksport, syarikat atau individu mestilah berdaftar dan memiliki Lesen Import dan Eksport SKKP Pin.91 yang dikeluarkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan juga Permit CITES.

Berdasarkan analisis LKIM, pelaburan ke atas projek ini agak besar yang mana kos bagi memulakan ternakan Arowana di atas tanah seluas 0.25 hektar dianggarkan sebanyak RM139,392 dengan kelengkapan paling minimum. Pulangan atau hasil pula hanya akan diperoleh pada tahun keempat atau kelima namun bergantung kepada tahap baka induk yang baik, pemakanan dan pengurusan. Nilai pasaran ikan Arowana juga dipengaruhi oleh cita rasa peminat ikan tersebut namun ketika ini, permintaan serta harganya masih tinggi terutama bagi pasaran antarabangsa.

Secara umumnya ketika ini tidak ramai yang mampu menceburi bidang pengeluaran benih ikan ini kerana modal permulaan dan operasi yang agak tinggi termasuk mengambil masa yang agak lama untuk membiak iaitu kebiasaannya pada umur lima tahun. Bagaimanapun, melihat kepada pasaran semasa, aktiviti ini boleh dilaksanakan dan mendatangkan pulangan yang lumayan.

Sabtu, 20 Februari 2010

Gambar2 kelisa.

Berikut ada lah cket2 gambar2 arowana yg tgh sy gila2 kan skrg nih... adoi geramm aku dibuat nya...


MALAYSIAN GOLDEN


RED TAIL GOLDEN


CHILI RED


HIGHBACK GOLDEN




GREEN BASE



YELLOW BASE

















Arowana vs Kelisa.

INFORMASI.

Arowana Asia atau lebih dikenali oleh masyarakat Melayu di Malaysia sebagai "ikan kelisa" serta "Dragon Fish" oleh sesetengah masyarakat Cina khususnya dan "Dragon Bonytongues" oleh para pengekspot/pengimpot ikan-ikan hiasan amnya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana, spesis ini mampu mempamirkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi!

Kategori Arowana Emas
Arowana Emas terbahagi kepada dua sub-variasi berikutnya iaitu Arowana Emas Malaysia (Malaysian Golden. Selain itu, ia juga dikenali sebagai Malayan Bonytongue) dan Arowana Emas Indonesia (Indonesian Golden) atau secara komersialnya dikenali sebagai Red-Tailed Golden - RTG.

Emas Malaysia
Bentuk tubuh dan warna sesirip » Bertubuh agak memanjang dan kelihatan langsing. 1/3 warna pada aras atas dari sektor ekor ke sirip dorsal (sirip tunggal di bahagian atas tubuh) adalah berwarna hijau tua-sedikit tetompok kekuningan, manakala 2/3 warna pada aras bawah dari sektor ekor ke sirip anal (sirip tunggal di bahagian bawah berhampiran ekor), sirip pelvik (sepasang sesirip di bahagian hadapan sektor anus - lazimnya pada bahagian ini warnanya sedikit memudar) serta sepasang sesirip pektoral (sirip paling hadapan di kedua-dua belah sisi tubuh) adalah berwarna oren-kemerahan.Warna sesisik » Kuning-keemasan (Intensiti 18-24 karat - Arowana Emas Malaysia matang/dewasa) dengan kilauan kebiru-biruan/keungu-unguan jelas kelihatan terimbas pada permukaan sektor teras sesisiknya sewaktu ia kecil - bermula dari bahagian jaluran sesisik ke-4 atau ke-5, malah konfigurasi warna ini mampu meliputi secara keseluruhan sehingga ke bahagian aras jaluran sesisik ke-6 - sektor puncak (setelah berusia 5-6 tahun ke atas). Kedua-dua bebola matanya kelihatan sedikit kuning-kemerahan dan berukurlilit agak besar, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya coklat tua-kekelabuan.

Emas Indonesia
Bentuk tubuh dan warna sesirip » Bertubuh agak membujur dan sedikit memendek. 1/3 warna pada aras atas dari sektor ekor ke sirip dorsal (sirip tunggal di bahagian atas tubuh) adalah hijau gelap-kehitaman, manakala 2/3 warna pada aras bawah dari sektor ekor ke sirip anal, sirip pelvik serta sepasang sesirip pektoral adalah merah-merah tua (warna pada sesirip serta ekor Arowana Emas Indonesia lazimnya agak memekat berbanding Arowana Emas Malaysia. Oleh kerana itu jugalah, maka ia dilabel sebagai Arowana Emas Berekor Merah atau Red-Tailed Golden dalam bahasa Inggeris).Warna sesisik » Kuning-loyang (Intensiti 12-16 karat - Arowana Emas Indonesia matang) dengan sedikit kilauan keungu-unguan kelihatan terimbas pada permukaan sektor teras sesisiknya (kilauannya tidak begitu ketara berbanding Emas Malaysia), bermula dari bahagian jaluran sesisik ke-4 (agak selari dengan aras matanya). Adakala warna ini mampu untuk menjangkau sehingga ke aras jaluran sesisik ke-5 jika dikacuk bersama Arowana Emas Malaysia - proses mutanisasi/hibridisasi). Kedua-dua bebola matanya berukurlilit agak mengecil jika dibandingkan dengan Arowana Emas Malaysia dan berwarna merah gelap, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya kekelabu-hitaman.

Kategori Arowana Merah
Arowana Merah terbahagi kepada dua sub-variasi berikutnya iaitu Arowana Merah Cili (Chilli Red) dan Arowana Merah Darah (Blood Red). Kedua-dua sub-variasi ini digelar oleh para pengekspot/pengimpot sebagai Arowana Super Red setelah melampaui proses pengkacukan (hibridisasi) bersama.

Chilli Red
Bentuk tubuh dan warna sesirip » Bertubuh kelihatan agak melebar dan berkepala agak mengecil. Manakala konfigurasi dari bahagian badan ke bahagian kepala kelihatan agak melandai/melengkung. Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal berwarna merah garang sementara ekornya berbentuk agak dempak/lebar serta berbentuk menajam di bahagian hujungnya.Warna sesisik » Merah saga pegun (Chilli Red matang/dewasa) haruslah meliputi dari sektor tebing sesisik (bingkai sisik) hingga ke bahagian kedua-dua permukaan sektor pipi (tompokan merah di kedua-dua belah sektor pipi). Manakala warna seakan-akan kehijau-hijauan tua agak kelihatan pada permukaan sektor teras sesisiknya tanpa imbasan kilauan (tidak seperti Kategori Arowana Emas). Kedua-dua bebola matanya berwarna agak kekuning-merahan serta berukurlilit agak besar, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya hijau tua-kecoklatan.

Blood Red
Bentuk tubuh dan warna sesirip » Bertubuh agak gempal serta kelihatan memanjang dan langsing. Manakala konfigurasi dari bahagian badan ke bahagian kepala kelihatan agak meruncing/menirus dan bersaiz normal. Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal adalah berwarna merah pekat sementara ekornya berbentuk melebar dan membulat di bahagian hujungnya (berbanding Chilli Red - konfigurasinya agak menajam di hujung ekornya).Warna sesisik » Merah pekat pegun (Blood Red matang) akan meliputi dari sektor tebing sesisik (bingkai sisik) hingga ke bahagian kedua-dua permukaan sektor pipi (sama keadaannya dengan Chilli Red). Manakala warna seakan kebiru-biru tua agak kelihatan pada permukaan sektor teras sesisiknya tanpa imbasan kilauan (warna pegun - tidak seperti Kategori Arowana Emas). Kedua-dua bebola matanya berwarna agak kuning-kemerahan serta berukurlilit agak mengecil jika dibandingkan dengan Chilli Red), manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak juga lazimnya hijau tua-kecoklatan.

Kategori Arowana Hijau
Arowana Hijau juga terbahagi kepada dua sub-variasi berikutnya iaitu Arowana Hijau Biasa (Common Green) dan Arowana Ekor Kuning (Yellow Tail). Kedua-dua sub-variasi seterusnya ini adalah daripada spesis yang mampu dimiliki oleh kebanyakan penggemar ikan hiasan, terutama sekali bagi pemelihara yang mengambil kira perbelanjaan mereka.
Common GreenBentuk tubuh dan warna sesirip » Bertubuh kelihatan agak membujur dan sedikit memendek (spesis arowana Asia terpendek dalam genus Osteoglossidae - Osteoglossiformes - Scleropages formosus). Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal berwarna hijau tua-kekelabuan, sementara ekornya berbentuk agak melebar dan membulat di bahagian hujungnya.Warna sesisik » Putih pudar yang telus cahaya (Arowana dewasa) harus meliputi dari bahagian abdomen hingga ke aras jaluran ke-5 - sama-sekali tidak memiliki variasi warna yang begitu menonjol berbanding kategori-kategori utama Arowana Asia yang lain. Kedua-dua bebola matanya berwarna jernih kekuningan (adakalanya sedikit kemerahan, bergantung kepada generasi habitat asalnya) serta berukurlilit agak besar, manakala warna paling asas bermula dari sektor kepala ke bahagian puncak lazimnya coklat tua.

Yellow Tail
Bentuk tubuh dan warna sesirip » Sama juga seperti Common Green. Kesemua sektor sesirip iaitu sepasang sirip pektoral, sepasang sirip pelvik, sirip anal, ekor dan sirip dorsal adalah berwarna kuning terang bercampur sedikit jejalur kehijauan.Warna sesisik » Putih-kepucatan yang agak telus cahaya meliputi dari bahagian abdomen hingga ke aras jaluran sesisik ke-5. Manakala bahagian-bahagian lain sama keadaannya seperti Common Green.