I made this widget at MyFlashFetish.com.

Isnin, 23 Mac 2009

Nota

· Kebanyakan gaharu dieksport kepada pemborong-pemborong di Singapura, Timur Tengah, Hongkong dan Taiwan.
· Harganya boleh mencecah sehingga RM 2-18 ribu sekilogram bergantung kepada penjual dan pembeli.
· Asia Tenggara mengeksport gaharu bernilai RM50 juta ke Arab Saudi (20% sahaja daripada permintaan pasaran)
· Penanaman gaharu di Malaysia masih, tetapi telah lama dilakukan di Indonesia, Thailand dan Kemboja

MENGAPA PERLU MENANAM GAHARU
Kerana pokok gaharu mempunyai nilai yang sangat tinggi.Purata setiap pokok bernilai antara RM 2 000 hingga RM 5 000 sebatang selepas 6 tahun.Setiap kita harus berusha menanan sekurangnya 1000 batang iaitu seluas dua ekar.

INGAT: 1000 BATANG X RM 3 000 = RM 3 000 000

Keperluan : 1. tanah 1 ekar
2. modal RM 20 000
Pulangan : RM 3 000 000
Masa : 6 tahun (purata pendapatan 500 ribu setahun)

Info Gaharu

Apa itu Gaharu ?
Gaharu adalah sejenis damar yang terbentuk secara semula jadi akibat daripada tindak balas pokok gaharu ke atas serangan fungus/bakteria (penyakit). Pokok yang diserang menyebarkan sejenis minyak berbau bagi melindungi bahagian yang cedera ( sama ada akar, batang, dahan dan sebagainya ) di mana minyak ini lama kelamaan akan menjadi keras ( damar ).
Bahan damar yang terhasil ini pula mengandungi bahan sari atau resapan damar yang wangi dan dikenali sebagai gaharu.

Kegunaan Gaharu
Gaharu digunakan dalam pelbagai cara termasuk perubatan tradisional, artifek-artifek seni dan pati minyak. Gaharu dibakar untuk menghasilkan bau-bauan yang wangi sejak dahulu lagi oleh orang-orang Cina, Arab, India dan Jepun yang mana ia banyak digunakan dalam perayaan-perayaan, adat dan keugamaan.
Pati minyak yang di ekstrak daripada gaharu pula digunakan sebagai bahan campuran minyak wangi sebagai contoh, minyak ‘attar', iaitu wangian berasaskan air yang mengandungi minyak ekstrak gaharu. Wangian tersebut digunakan secara meluas oleh orang Islam.
Kini ekstrak gaharu juga digunakan dalam pembuatan sabun dan sampoo wangian serta penghalau serangga.

Nilai Gaharu
Di pasaran tempatan teras gaharu dijual berdasarkan mutunya yang dibahagikan gred-gred tertentu iaitu di antara RM1000.00 hingga RM25,000.00/kg. Pati minyak yang diekstrak juga dijual berdasarkan mutunya mengikut gred tertentu iaitu di antara RM350.00 – RM600.00/pertola/ atau 10 ml. Ketulan kayu / wood chip gaharu dijual berdasarkan mutu mengikut gred dari RM4 – RM25/kg.

Kesesuaian Kawasan Tanah
Spesis pokok gaharu merupakan tumbuhan malar hijau dan cepat tumbuh. Ianya sesuai ditanam dikebanyakkan jenis tanah kecuali tanak berpaya dan bertakung air. Pokok gaharu boleh ditanam di kawasan tanah rata dan berbukit.

Sistem Penanaman
Tiga jenis sistem tanaman boleh diusahakan iaitu secara tanaman monokultur, tanaman campuran dengan spesis herba dan ubat-ubatan lain, serta tanaman integrasi dengan tumbuhan pertanian seperti getah, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pola Tanaman boleh dibuat secara tanaman baris atau secara tanaman berkelompok.

Penyediaan Tapak Tanaman
Tanah tersebut hendaklah terlebih dahulu dibersihkan daripada tumbuhan-tumbuhan renek, rumpai dan pokok-pokok musuh. Jarak tanaman hendaklah disesuaikan, dan begitu juga kedalaman lubang agar anak pokok gaharu dapat hidup subur. Kaedah Penanaman Kerja-kerja penanaman disarankan mengikut kesesuain cuaca atau iklim sekitar. Penanaman yang betul menjamin tumbesaran anak pokok gaharu. Anda dinasihatkan merujuk kepada pakar.

Penjagaan Dan Rawatan Tanaman
Anak-anak pokok perlu dijaga dengan sempurna pada peringkat awal pertumbuhan. Rawatan susulan seperti siraman, pembersihan sekeliling pokok tanaman daripada rumpai musuh, pembajaan yang sesuai dan pemangkasan pucuk anjur pelbagai cabang pokok perlu dilakukan.

Rawatan Inokulasi
Penghasilan Gaharu Secara semulajadi, pembentukan gaharu adalah disebabkan oleh berlakunya serangan penyakit akibat terluka cabang atau kerosakan batang pokok. Berdasarkan kepada mekanisme pembentukan gaharu secara semulajadi ini, maka adalah berkemungkinan penghasilan gaharu secara mekanikal boleh dilakukan mengikut kepada teknologi semasa. Rawatan penginokulasian penghasilan gaharu dijangka boleh dibuat setelah pokok gaharu berumur di antara 4 – 5 tahun ke atas. Proses inokulasi ialah proses menebuk dan memasukkan sejenis bendalir / vaksin / bakteria penggalak risin ke dalam pokok gaharu yang telah matang.

Penuaian / Penghasilan Gaharu
Penuaian dijangka dibuat setelah pokok tanaman diyakini telah mengandungi gaharu. Beberapa ujian secara klinikal akan dilakukan ke atas pokok. Penuaian dilakukan setelah umur pokok mencecah 6 – 7 tahun atau 10 tahun. Semakin lama jangka masa penuaian akan memberi kesan kepada kualiti dan kuantiti penghasilan gaharu. Setiap pokok gaharu dianggarkan boleh mengeluarkan 5 – 20 kilogram gaharu

Pemprosesan Hasil Gaharu
Pokok Gaharu yang telah dituai/tebang akan diproses kepada 3 peringkat iaitu, peringklat pertama ialah proses pengasingan teras dengan kayu
peringkat kedua ialah proses mengecilkan kepingan kayuperingkat ketiga ialah proses penyulingan minyak Gaharu

Dengan adanya teknologi terkini, terdapat banyak penemuan-penemuan baru yang terhasil dari proses pembanguan penyelidikan tentang hasil Gaharu. Kini daun, serbuk kayu dan air sulingan Gaharu digunakan untuk tujuan perubatan.